Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Sayang selasih janganlah tinggi,
     Jikalaulah tinggi berdaun jangan;
Jika kekasih hendak pergi,
     Jika pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(17)

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(134)

Pantun

PantunSumberTema
Jika menyukat tidak pandai, Tentu ditimbang tak sama berat; Jika adat tidak dipakai, Seteru datang laut dan darat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika tumbuh batang ke pintu, Papan di Jawa saya dirikan; Jika sungguh cakap begitu, Nyawa dan badan saya serahkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ada buluh diraut-raut, Diraut halus dibuat tikar; Jika hendak pergi melaut, Lupa jangan kemudi dan layar.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas