[dan.dang] | داندڠ
Definisi : 1. sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk mengukus nasi; 2. sj tangki tempat air dll dipanaskan utk mengeluarkan wap dlm enjin, utk membekalkan air panas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dan.dang] | داندڠ
Definisi : sj perahu yg dibuat drpd batang kayu; jika tak lalu ~ di air, di gurun dirangkakkan (ditanjakkan) prb menggunakan segala daya usaha utk mencapai maksud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dan.dang] | داندڠ
Definisi : sj burung, gagak; ® dendang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dan.dang] | داندڠ
Definisi : 1 sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk mengukus nasi. 2 tangki tempat mengewapkan air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)