Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan tutuh keriang dangkal, Anak kucing lari balik; Kalau tuduh jangan menyangkal, Cincin di jari pulang balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila di hulu airnya dangkal, Ke hilir pula awak berhenti; Apabila selalu berhati mengkal, Akhirnya kerja tidak menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pulau Rupat teluk berliku, Orang menjala di air dangkal; Risau umat menengok penghulu, Orang nikah dia yang gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |