Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |