Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat padi musiman; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat hati beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertumpuk; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertugal; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang membuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat berkayu besar; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat malu berkasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat menebang kayu; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang menipu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jalan darat membawa pupuk, Terpijak telur kaki berkubang; Badan penat mata mengantuk, Hendak tidur laki meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang darat bermain cambuk, Sama berani sama terbilang; Abang ibarat kain yang buruk, tak ada lagi orang memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang darat bermain cambuk, Sama terbilang samalah pandai; Abang ibarat kain yang lapuk, Manakan orang mau memakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |