Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(64)

Pantun

PantunSumberTema
Dari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh dari Pematang, Pijat-pijat dari Patani; Dari jauh tuan datang, Apa hajat datang ke sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putik pauh dari Permatang, Bunga kemunting dari Kiaman; Dari jauh saya datang, Hendak menyunting bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana punai melayang, Dari sawah ke batang padi; Dari mana mula sayang, Dari mata sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dari Acheh ke Kinabatangan, Dari Johor berdagang sabut; Penyakit datang dari tuan, Tuanlah juak menjadi ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana hendak ke mana, Dari rumput mendatang padi; Dari mana tidaklah ke mana, Dendam tak luput di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pokok pauh di tanah seberang, Benih berasal dari kampung; Dari jauh kami nan datang, Besar harapan setinggi gunung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas