Waktu menteri berdagang kain, Sibuk berjaja malamnya penat; Pilulah hati memandang datin, Datuknya sudah karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu duduk menumbuk lada, Kain tersingkap tiada tahu; Waktu datuk mabuk betina, Datin bersiap membawa palu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu duduk menunggu senja, Kain dilipat disimpan orang; Waktu datuk merayu dara, Datin melihat mengasah parang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu duduk berjaga-jaga, Banyaklah kain dipakainya; Waktu datuk tergila-gila, Banyaklah datin dicerainya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak beruk berkain sutera, Banyaklah kain terjual habis; Sejak datuk bermain gila, Banyaklah datin berbekal keris | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak beruk rajin berdoa, Gagak pun rajin memakai kain; Sejak datuk kahwin muda, Banyaklah datin terburai kain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak datuk menampar kuda, Ternak yang lain menjadi kacau; Sejak datuk mengejar janda, Banyaklah datin membeli pisau | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |