Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Siandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau rumput daunnya lebat, Kalau lalang laga-berlaga; Kalau jemput dengan adat, Kalau memulangkan dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Daun keduduk berbelang-belang, Daunnya banyak tidak menjadi; Abang terduduk dirundung malang, Mendengar khabar nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pokok senduduk baru berbunga, Daunnya habis dimakan babi; Selama hidup dalam dunia, Seribu tahun lautan mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besar sungguh si batang rasau, Daunnya banyak dibuat tikar; Biarpun jauh abang menua, kasihku tidak akan bertukar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |