Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.kut] | دکوت

Definisi : bunyi spt bunyi burung punai (tekukur dll); berdekut mengeluarkan bunyi ‘kut’ utk me­mikat burung (ikan dll): Pak Hamid kaki ~. Pak Hamid tak takut bermalam di hutan; mendekut memanggil (burung dll yg hendak dipikat) dgn mengeluarkan bunyi tertentu: ruak-ruak mesti didekut setiap malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekut

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan

Kembali ke atas