Orang Deli balik ke Deli, Bawa duit beribu dinar; Allah di langit menjadi saksi, Saya berdiri tempat yang benar. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dari Deli pergi Palembang, Singgah bermalam dalam pekan; Berapa tinggi kumbang terbang, Di tangkai jua mencari makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Pandai tembak si anak Deli, Dapat seekor si burung pega; Orang menjual kita membeli, Berapa harga jangan dikira. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Encik hendak pergi ke Deli, Singgah di pantai ikan disuluh; Jika tidak dalam diri, Orang pandai menjadi bodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari seberang pergi ke Deli, Bawa utusan dari sana; Gelombang besar jangan peduli, Jaga olak dari mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Daik pergi ke Deli, Singgah berlabuh Lautan China; Sudah kubelek baru kubeli, Mana boleh jadi terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dari Nanung ke Pasir Deli, Sayang seladang ditikam duri; Bagailah mana hendak dicari, Adinda jua gilaku mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |