Jika ke Jambi sampaikan pesan, Dari Kalimantan hendak ke Jakarta; Jika dengki tiada batasan, Syaitan bertahta di kelopak mata. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Siapa suka mengikat taji, Lama-lama tentu terluka; Siapa suka berniat dengki, Kemana saja tentu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tabiat Melayu bertegur sapa, Ke mana pergi mencari kawan; Sepakat Melayu hidup bersama, Siapa dengki menjadi lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Walaupun sampan cepat didayung, Janganlah pula suka berhenti; Walaupun kawan mendapat untung, Janganlah kita merasa dengki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |