| Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Nahas kemalangan tajuk berita, Tujuh penumpang masih hilang; Panas badan menahan derita, Mengenang nasib diriku seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Uda Dara mabuk cinta, Mati bersama kubur selubang; Udah sakit menanggung derita; Udah nak mati baru sembahyang. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Menganyam pandan si dara jelita, Memakai baju kain sutera; Tidak kita menanggung derita, Kerana hidup aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Daripada mencelup tudung pintu, Elok membeli tudung jendela; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati menanggung derita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |