Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selama kera masuk ke desa, Banyaklah babi mati terjerat; Selama raja mabuk kuasa, Banyaklah menteri jadi penjilat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Bagaimana orang takkan beramuk, Dusun dan desa di rosak musuh; Bagaimana abang takkan merajuk, Bertahun ku puja adik tak acuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana orang tidakkan lari, Datang beruang masuk ke desa; Bagaimana abang tidakkan benci, Berterang-terang adik menghina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |