Kalau tak lalu pasang di tubir, Di belat dilakukan juga; Kalau tak lalu dondang di air, Di darat dilakukan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang baju di atas, Yang seluar di bawah; Yang mahu di atas, Yang keluar di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Di sini bukit di sana bukit, Tengah-tengah pohon berduri, Di sini sakit di sana sakit, Ke mana tempat kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ujung tiang berbaji dua, Satu di atas satu di bawah; Untung malang berlaki tua, Layu di atas layu di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Buah pauh batu, delima batu, Anak sembilang tangan, di tapak tangan; Tuan jauh satu, di Negeri satu. Hilang di mata jangan, di hati jangan. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Gok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |