Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di dalam

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(148)

498

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Masuk di dalam kawan gajah berdering

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)

Pantun

PantunSumberTema
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak lipan di dalam papan, Papan di dalam batang buluh; Hendak dimakan tidak termakan, Hati di dalam hancur luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakailah suluh di dalam kota, Pakai berjalan di dalam asap; Pandailah sungguh orang buta, Pandai berjalan di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada di dalam pukat, Cubalah cari dalam pangkalah; Kalau tak ada di dalam adat, Carilah di dalam syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sangkura di dalam kebun, Buah delima di dalam raga; Bolehlah kita berjual pantun, Adik terkena abang ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nan tersedik di dalam hati, Nan terbakar di dalam lidah; Nan cerdik berhati-hati, Nan sabar menahan ulah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas