Sayang berakit berkajang kain, Di mana teluk di mana bertimba; Sayang sakit bercerai main, Di mana duduk di mana bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam padi bertimpa-timpa, Di mana letak mawar merah; Dalam hati tidak lupa, Di mana-mana terlihat wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang selasih berdahan layu, Di mana buah akan melekat; Orang kukasih enggan bertemu, Di mana pula badan menepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Berpangkat-pangkat batang kuini, Takik di mana abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Adik di mana abang tingglkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa suka bermain gendang, Lama-lama tentulah pandai; Siapa suka mempermainkan orang, Di mana-mana seterunya ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |