Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain berlonggok berguni-guni, Dikirim dengan penerbangan Merpati; Susah dicari di masa ini, Ke mana pergi putera sejati? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Si Nujuh hilir ke kota, Dayung mengangkut di pohon kunci; Rasa kuhidup di kail masa, Malam menyebut belum sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anai-anai di tanah rekah, Mari dikais menimba hari; Masa suka ramai berdekah, Waktu menangis seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang bermain di atas panggung, Banyak orang datang mengintai; Alang tinggi kelapa tergantung, Ada masa dikorek tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |