Di sini bukit di sana bukit, Tengah-tengah pohon berduri, Di sini sakit di sana sakit, Ke mana tempat kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Di sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di sini gunung di sana gunung, Sama dengan Gunung Sebandi; Di sini bingung di sana bingung, Sama dengan penerang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila lancang sudah berlabuh, Di sana dapat orang bermalam; Apabila abanglah pergi jauh, Manalah dapat kutidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah elok naik perahu, Di sana mudah mencari angin; Abanglah bujuk adik tak mahu, Rupanya ada janji yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lubuk bakung teluk negeri, Di sana buaya banyak bersarang; Menengok lontong jadi menteri, Banyaklah janda mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |