Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah keranji di tengah laman, Mangga tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegangan tangan, Kusangka tidak berubah lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |