Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dia

Puisi
 

Dia beli sakin tiga suku,
     Kan diambil bak ambar jalan;
Mande kandung duduk di pintu,
     Melihat anak kan berjalan.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Gelagah boreh rambutan,
     orang berbunga dia berbunga,
orang berbuah dia tidak.

Bermaksud :

Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

PantunSumberTema
Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi terlalu masak, Buah dia lalu ke pucuk; Hati kami sudahlah rosak, Siapa dia dapat memujuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa ingat hari kan senja, Tentulah dia bersedia suluh; Siapa ingat kan hari tua, Tentulah dia bekerja sungguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi memukat, Bila petang dia pun pulang; Orang baik hatinya bulat, Bila ditantang dia datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
123456789

Kembali ke atas