Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diajak

Peribahasa

Anak harimau jangan diajak bertampar,
     ingat-ingat kukunya.

Bermaksud :

Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah orang berhelat, Sahabat handai diajak serta; Bukan mudah memegang adat, Syariat dipakai nampak di mata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak sembilang mudik menduduk Sekali jala habis tertangkap; Diajak berterang adik tak mahu, Kunanti saja di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas