Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |