Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibawa

Puisi
 

Bunga dibawa dari Deli,
     Kembang tengah tiga cabang;
Tuan jual saya beli,
     Kalau tidak saya menumpang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Tiada dibawa orang sehilir semudik.

Bermaksud :

Tersisih daripada pergaulan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Dibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyak bantuan dibawa MERPATI, Doktor Haryati ketua rombingan; Sukarelawan datang silih berganti, Datang merawat mangsa kemalangan.Pantun Melayu SarawakBudi
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudahlah kacip dibawa orang, Sirih yang ada tidak berkapur; Sudahlah nasib celaka malang, Kekasih disapa tidak menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Siapa lagi dibawa berjalan, Hujan lebat membasah bumi; Ke mana lagi membawa badan, Tuan tak ingat kepada kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas