Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila cukup bilangan hari, Hutang-piutang tentu dibayar; Bila hidup tahukan diri, Pantang larang tentu didengar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang lemang dibakar, Yang ubi diparut; Yang hutang dibayar, Yang janji diturut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |