Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelah

Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)

Bermaksud :

Sedikit (= kecil) sekali.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Kayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya.Pantun Melayu SarawakPerantau
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dapat semangka dibelah-belah, Lazat dimakan ketika panas; Teringat adinda hatiku gundah, Surat kukirim tiada berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas