Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibeli

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Gajah lalu dibeli,
     kusa tidak terbeli.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belum dijual sudah dibeli, Manakan boleh tawar-menawar; Belum kenai sudah ke mari, Manakan boleh hamba keluar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya kitab dibeli Bila dikaji tiada dikenang; Apa gunanya mengharap kami, Hamba ini dagang terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kain kasar kain dibeli, Masuk berniaga negeri Jawa; Kisar di kanan gigit di kiri, Salah timbang kecewa juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Alas meja dengan kain, Kain dibeli di Sarawak Plaza; Adik Tidur di bantal lain, Mimpi kita tidak berbeza.Pantun Melayu SarawakKasih
1234

Kembali ke atas