Jangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tudung periuk dibuka orang, Mentahlah nasi sedang ditanak; Untungku buruk bukan kepalang, Cintaku pergi berkhabar baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kacip sudah dibuka, Buah pinang nan ditunangnya; Kalau aib sudah ke muka, Kalau menangkan imbangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa tanda tiang belebat, Dibuka dinding ada kayunya; Apa tanda orang beradat, Dibawa berunding mulia lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak Cina bermain ceki, Baju dibuka tinggal seluar; Kalau sudah bukan rezeki, Di dalam mulut lari keluar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |