Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicabut

Peribahasa

Diasak (= pindah) layu,
     dicabut mati.

Bermaksud :

Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah temu dicabut orang, Temu berjalin batangnya rapat; Banyaklah ilmu dituntut orang, Ilmu pemimpin jarang didapat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak selasih dicabut orang, Selasih mati layu tercampak; Banyaklah kasih disebut orang, Kasih sejati si ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak sirih dicabut beruang, Gemparlah murai mau meradang; Sejak kekasih rebut orang, Seluar terburai baju bersebang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sekali badik dicabut, Pantang disarung lagi; Sekali adik mengikut, Abang dukung sampai mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Semakin banyak tamu dicabut, Semakin terasa tumbuhnya semak; Semakin banyak ilmu dituntut, Semakin terasa bodohnya awak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sukalah hati memakai pedang, Kalau dicabut musuh pun lari; Sukalah hati misai melintang, Walaupun penakut disangka berani.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan suka mencabut padi, Kalau dicabut hilang buahnya; Jangan suka menyebut budi, Kalau disebut hilang pahalanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas