Patut dicari batang putat, Tak terbilang banyak buahnya; Patut dipuji pemegang adat, Tak terbilang banyak petuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah upih dicari orang, Untuk pembungkus lempuk durian: Hendak kupilih kekasih orang, Mabuklah hamba duduk sendirian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sedangkan burung dicari orang, Apatah lagi pipit di sawah; Sedangkan gunung didaki orang, Apatah lagi bukit nan rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah batang dipanjat lotong, Lotong memanjat buah dicari; Banyaklah orang tempat berlindung, Pelindung adat payah dicari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Benang sulam berwarna-warni Dicari orang ke mana-mana; Siang malam hamba menanti, Kunanti abang tak tiba juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang pergi tidak menjelau, Hendak dicari lautan dalam; Orang berbini awak yang risau, Melihat bininya tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sulit sungguh mencari kerang, Kerang dicari disela batu; Sakit sungguh menanti abang, Abang dinanti tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sudah orang mencari, Badik dicari tidak bersua; Penah sudah abang menanti, Adik dinanti tidak menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adapun bayan bulunya cantik, Ke mana terbang dicari orang; Tanda beriman lakunya baik, Berdada lapang hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |