Akan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beratlah kaki akan melangkah, Kerana jalan terlalu jauh; Niat di hati akan menikah, Rupanya tuan sudah berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika kulurut padiku ini, Akan kering air siraman; Jika kuturut hatiku ini, Akan kutinggal kampung halaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |