Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata did kati

Puisi
 

Hanyut kayu dari bukit,
     Dari gunung berkati-kati;
Segunung budi bukan sedikit,
     Tidak tertanggung sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cendawan dijual berkati-kati, Buah kundur, niji kopi; Tuan selalu di dalam hati, Dalam tidur termimpi-mimpi.Pantun Melayu SarawakKasih
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayuh sampan sampai ke jati, Punggah barang berkati-kati, Bila sampai hajat di hati, Baru kupulang menabur bakti.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak; Bukankah baik beli borong, Timbang kati untung tak banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas