Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digali

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Bermaksud :

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat kepada burung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas