| Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |