Allah disembah raja ditaati, Orang yang tua dimuliakan; Harta dijaga nama dihormati, Barang amanah diutamakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Alangkah elok kembang di hutan, Banyaklah kumbang datang menyeri; Memanglah elok orang budiman, Dihormati orang petang dan pagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah titi, Titi ada dapat menyeberang; Ambillah guru taat berbudi, Budi mulia dihormati orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik sampan dapat menyeberang; Baik bukan sebarang baik, Baik kelakuan dihormati orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat Melayu pantang derhaka, Allah disembah raja ditaati; Sifat Melayu memegang pusaka, Harta dijaga nama dihormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |