Buah diikat dengan tali, Disimpandalam raga meranti; Buat jahat jangan sekali, Dimaki orang sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tali sudah diikat, Sebaiknya pula disimpul mati; Kalau hati sudah terpikat, Baik buruknya semua dinanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taji ayam sudah dibulang, Diikat benang sebelah kiri; Hari malam mata terbuntang, Teringat tunang sudah berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda berlari-lari, Diikat tali lipat-berlipat; Banyak harta dapat dicari, Sahabat sejati payah didapat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |