Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diisi

Puisi
 

Sehari-hari pergi berulang,
     Serbat diisi dalam cawan;
Mengenang sahabat jauh di seberang,
     Lautnya luas memisahkan badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Adat diisi,
     janji dilabuh.

Bermaksud :

Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null nullPantun Melayu SarawakBerniaga
Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika cawan diisi nira, Isi bersama buah bidara; Jika tuan wira Negara, Genggam teguh tiang bendera.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bakul ketiding nampaknya besar, Diisi segantang manakan penuh; Kupikul kasih dada terbakar, Hendak dibuang hatiku luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang pelita ada isinya, Diisi minyak setiap hari; Yang cinta ada janjinya, Janji setia sehidup semati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123

Kembali ke atas