Walaupun banyak haiwan di padang, Jangan dijadikan tempat berburu; Walaupun nampak kesalahan orang, Kesalahan sendiri diingat dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Panglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Batang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Perahu Bugis bermuatan lada, Terlanda pukat berhenti dulu; Dituju gadis yang dapat janda, Janda dapat dijadikan guru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Hendak ke hilir ditahan kera; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak pandir dijadikan ketua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |