Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijemur

Puisi
 

Bagaimana menjemur padi,
     Siang dijemur malam dibuat;
Bagaimana menghibur hati,
     Siang dihibur malam teringat.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kepayang dijemur dibalik-balikkan, Cendawan putih sedap dimakan; Yang buta huruf dicelik-celikkan, Bantuan pelajaran Kerajaan sediakan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila mencelup kain pelekat, Sudah dijemur baru dilipat; Bila hidup mempermainkan adat, Maruah hancur malu yang dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain selendang dasarnya putih, Habis dijemur direndam basah; Adik jangan diajar kasih, Habis umur dendam tak sudah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putih pandai menjemur sisir, Sisir dijemur di atas padang; Gunung emas saya tak mungkir, Lewat sudah dipotong orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang sedang menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana adik menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alang sakit menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Alang sakit menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak mencuci kain, Sudah dicuci lalu dijemur; Kalau hendak jadi pemimpin, Rendahkan hati berlaku jujur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas