Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikejar

Puisi
 

Anak undan terketik-ketik,
     Dikejar ayam patah kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam maka menjadi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat,
     yang dikendong berciciran.

Bermaksud :

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

 

Lihat selanjutnya...(14)

44

Better an egg today than a hen tomorrow

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but better an egg today than a hen tomorrow . Since the economy was in a bad shape, it was unwise fo

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bagaimana kucing tidakkan lesi, Dikejar semut dipelupuh kera; Bagaimana kambing tidakkan lari, Kerana berjanggut disuruh berdoa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Telah lama kuda berlari, Dikejar budak badan berpeluh; Sudah lama hamba menanti, Khabar tidak pesan pun jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Berebut beruk lari ke padang, Lari dikejar si ular sawah; Takut menengok bini meradang, Kaki gementar celana pun basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Diam-diam orang berkayuh, Kerana takut dikejar buaya; Saban malam abang mengeluh, Kerana adik sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Johor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas