Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar todak, Mari kubu batang pisang; Orang tua mengambil budak, Macam bulan dengan bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Chah pukat dilanggar ikan, Ikan ada dalam perigi; Sila minta permata intan, Intan ada sekerat negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Guruh berbunyi hari pun petang, Tupai menangis dilanggar sapi; Rusuhlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Budak-budak memasang rakit, Baik-baik terkena jari; Bubu dipasang kurang himpit, Dilanggar roboh sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |