Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilipat

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada kain dilipat-lipat, Anak sulung sambut beradat; Panjang umur si tua keparat, Tidak terkena hukuman sebat.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu duduk menunggu senja, Kain dilipat disimpan orang; Waktu datuk merayu dara, Datin melihat mengasah parang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sapu tangan lipat di meja, Dilipat-lipat lalu melayang; Sapu tangan dekapkan ke dada, Buat pengubat hati nan mayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain dicelup menjadi baju, Kain dapat dilipat-lipat; Pakaian hidup aib dan malu, Pakaian mati amal ibadat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Salam-salam wa alaikum salam, Sirih dilipat dengan di dalam; Apa jua khabar bunga di kolam, Pucuk menelek akar di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Daun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bila mencelup kain pelekat, Sudah dijemur baru dilipat; Bila hidup mempermainkan adat, Maruah hancur malu yang dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas