Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau duduk di tepi dinding, Jangan suka mengerat lantai; Kalau duduk dalam berunding, Jangan suka memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pepat-pepat menebang di dinding, Hendak menanam buah betik; Penat-penat abang bertanding, Hendak melihat senyum adik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Daun terup sisip di dinding, Sanalah sini hujung gagangnya; Jangan diharap sepet menyinding, Sanalah sini tuju tantangnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terang bulan di Pulau Dinding, Jerjak bertentang si Pulau Kera; Malangku tuan tiada banding, Tuan seorang penglipur lara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas