Tengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gerak silat gerak pahlawan, Malam bulan dipagar bintang; Kera di hutan disusukan, Ayam di reban mati di kandang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Ke mana lagi itik berlari, Kandangnya kini sudah dipagar; Ke mana lagi adik mencari, Abang pergi tiada berkhabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina anak Yahudi, Minum arak berpeti-peti; Sejak bunga dipagar besi, Kumbang di luar menghempas diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |