Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipalu

Puisi
 

Orang hulu memalu nobat,
     Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
     Kalau dibuat menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah,
     tembikar juga akan jadinya.

Bermaksud :

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tabuh dipalu diketuk-ketuk, Kalau hujan debuk berdebuk; Sungguh pemalu orang nan bongkok, Kalau berjalan merunduk-runduk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika gendang tidak dipalu, Manakan ada orang bertandak; Jika abang tidak merayu, Manakan hamba mahu terjebak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengapa gendang tidak dipalu, Kerana kulitnya sudah berkerut; Mengapa orang tidak bermalu, Kerana hatinya sudah berlumutKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Jangan memalu-malu parang, Parang dipalu tidak diasah; Jangan suka memalukan orang, Orang malu kita pun susah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman.Pantun Melayu SarawakKasih
Anak murai di atas nangka, Mati dipalu orang seberang; Jatuh berderai air mata, Melihat abang berjalan seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas