Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipanggang

Puisi
 

Kulitlah ketam dipanggang lotong,
     Panggang di dapur tinggal tulang;
Nasibku badan tidak beruntung,
     Ayam ditambat disambar helang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau dipanggang belida bongkok, Lemaknya tinggal di telapak tangan; Kalau abang bertolak esok, Tinggallah jejak di tengah laman.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak udang dipanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang sahaja, Hendak bayar tiada belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak udang dipanggang saja, Hendak direndang tidak berkunyit; Anak orang dipandang saja, Hendak dipinang tidak berduit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak endu masak dipanggang, Batang bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belilah belanak sekati dua, Bila dipanggang makan pun sedap; Hatiku tidak berbagi dua, Kepada abang badanku hinggap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak endu panggang punai, Punai dipanggang dibelah dua; Kalau rindu pandang ke sungai, Tempat kita mandi berdua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas