Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipinang

Puisi
 

Mati dipanah raja bestari,
     Raja semayam di dalam kota;
Kalau dipinang ayahnya tak beri,
     Bolehlah adik pergi berkira.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang direndang bilis, Yang masak lada; Yang dipinang gadis, Yang terbawa janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sejak sirih hendak ditebang, Gagak marah menjerit-jerit; Sejak kekasih minta dipinang, Botak kepala mencarikan duit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di atas batu; Sudah dipilih dipinang tidak, Maklumlah saya dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di Tanjung Batu; Sudah dipilih dipinang tidak, Itulah malang datang dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak berenang, Di situ orang memasang kelong; Bagaimana hamba hendak dipinang, Abang selalu bercakap bohong.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas