| Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Orang beradat mensyukuri nikmat, Rezekinya tidak dimakan sendiri; Membuang adat menjauhlah rahmat, Dirinya rosak Tuhan kan benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |