Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambung

Puisi
 

Galah tak sampai disambung dua,
     Lancang tenggelam kita berenang;
Boleh jumpa dengan orang tua,
     Boleh abang kira meminang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Putus tali boleh disambung,
     patah arang mudah (= putus) sekali.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Titik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Galah tak sampai disambung dua, Lancang tenggelam kita berenang; Boleh jumpa dengan orang tua, Boleh abang kira meminang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Layang-layang bertali benang, Putus disambung tali belati; Siang malam duduk mengenang, Orang dikenang tak ambil peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun tali sudah dikerat, Kerana lebih disambung juga; Walaupun hati terasa berat, Kerana kasih disanjung juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan menetakkan parang patah, Buat hulunya parang disambung; Jangan menegakkan benang basah, Membuat malu orang sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lancang hanyut di Kuala Linggi, Galah tak sampai disambung dua; Kalau tiada abang siapa lagi, Boleh berjumpa dengan orang tua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas