Disimpan dalam raga meranti, Buat bekal mudik ke hulu; Dimaki orang sampai ke mati, Anak cucu menanggung malu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Lembing disimpan tidak diasah, Tidak terpotong buah kepayang; Tebing dan aur lagi terpisah, Inikan pula berkasih sayang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Beras padi disimpan orang, Supaya senang makan serumah; Panas hati bukan kepalang, Melihat abang berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau seribu dapat disimpan, Dapat membeli seekor keldai, Kalau beribu ayam jantan, Dapat anak bijak dan pandai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalau kain sudah bersih, Elok disimpan di dalam peti; Kalau pemimpin sudah dipilih, Elok ingatkan sumpah dan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungguh bertuah parang bangkung, Bila disimpan tak usah diasah; Sungguh bertuah orang yang ompong, Bila makan tak payah mengunyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |