Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disuruh

Puisi
 

Anak raja di tepi telaga,
     Disuruh duduk untuk berhibur;
Jikalau ada kasih dan jiwa,
     Tidur berdua tidak berlunjur.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan taji disuruh ikat, Nyala api abang tadahkan; Janganlah janji suruh diikat, Nyawa di badan abang serahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Abang sayang disuruh panggilkan, Suruh nyanyi kena suruh; Seperti pungguk rindukan bulan, Disuruh jatuh tak akan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Maksud hati menebang saja, Disuruh pepat apatah lagi; Maksud hati memandang saja, Disuruh dekat apatah lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak raja di tepi telaga, Disuruh duduk untuk berhibur; Jikalau ada kasih dan jiwa, Tidur berdua tidak berlunjur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudahlah teruk memotong kayu, Jangan lagi disuruh berpanas; Sudahlah mabuk menanggung rindu, Janganlah kami dikipas-kipas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas